Sabah dan Sarawak adalah BERSTATUS NEGARA dan bukannya Negeri.

Sabah dan Sarawak adalah sebuah Negara yang MERDEKA DAN BERDAULAT yang mana kedua - dua NEGARA ini telah bersama-sama dengan Singapura dan Malaya untuk membentuk Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.

Happy Sabah (North Borneo) Independence Day 51 Years

Sabah or previously known as North Borneo was gained Independence Day from British on August 31, 1963. To all Sabahan, do celebrate Sabah Merdeka Day with all of your heart!

Sarawak For Sarawakian!

Sarawak stand for Sarawak! Sarawakian First. Second malaysian!

The Unity of Sabah and Sarawak

Sabah dan Sarawak adalah Negara yang Merdeka dan Berdaulat. Negara Sabah telah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1963 manakala Negara Sarawak pada 22 Julai 1963. Sabah dan Sarawak BUKAN negeri dalam Malaysia! Dan Malaysia bukan Malaya tapi adalah Persekutuan oleh tiga buah negara setelah Singapura dikeluarkan daripada persekutuan Malaysia.

Sign Petition to collect 300,000 signatures

To all Sabahan and Sarawakian... We urge you to sign the petition so that we can bring this petition to United Nations to claim our rights back as an Independence and Sovereign Country for we are the Nations that live with DIGNITY!

Decedent of Rajah Charles Brooke

Jason Desmond Anthony Brooke. The Grandson of Rajah Muda Anthony Brooke, and Great Great Grandson of Rajah Charles Brooke

A true Independence is a MUST in Borneo For Sabah and Sarawak.

Sabah (formerly known as North Borneo) and Sarawak MUST gain back its Freedom through a REAL Independence.

Thursday 24 May 2012

Isu kad pengenalan di Malaysia (MYKad)

Artikel dari perkongsian dengan Saudara ZAR II.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
PANAS! Rakyat Sabah dedahkan KP dijual antara RM30K hingga RM75K di Sabah
e-mail ini telah diterima dari seorang rakyat Sabah yang menamakan dirinya sebagai Chung Su Li. beliau telah meminta agar ianya disiarkan.

Dalam e-mail ini beliau telah mendedahkan akan satu sindiket yang didalangi oleh seorang warga India yang telah memperolehi Kad Pengenalan Malaysia yang aktif menjual Kad Pengenalan dengan harga diantara RM30,000 hingga RM75,000 setiap satu.

Selain dari tidak mahu kedaulatan negaranya terjual beliau juga bertujuan untuk membantu Pihak Berkuasa dalam menjejaki dalang disebalik kegiatan yang memudaratkan kedaulatan negara ini..

Bacalah…

CHUNG SU LI,
530316-12-5240,
TAMAH INDAH PERMAI,
KOTA KINABALU, SABAH.

KEPADA: KERAJAAN MALAYSIA, KEMENTERIAN DAN JABATAN KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI, BADAN BADAN TERBABIT DAN MEDIA MEDIA .

22.05.2012

YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato'/Tuan/Puan,

LAPORAN INDIVIDU YANG TERLIBAT DALAM MENJUAL BELI KAD PENGENALAN DI SABAH.

1)Asal Asul dan Kegiatan Haram Latiff
2)Bagaimana Pengaruh yang dimiliki oleh Latiff
3)Maklumat Passport India Latiff dan Maykadnya,serta tarikh lahir berbeza
4)Siapakah Polis Ayub dan Pegawai yang selalu membantu Latiff.
5)Rangkaian yang membantu Latiff mendapatkan Kad Pengenalan dan Hubungannya dengan Puan Suzina Binti Mohd Rahfee
6)Rangkaian Musakkar Bin Abdullah (Kadersha@Katta Kaja).

Perkara di atas adalah dirujuk dengan sukacitanya

2.Saya Chung Su Li (530316-12-5240) ingin melaporkan kepada kerajaan Malaysia bahawa terdapat seramai lebih kurang 100 orang setakat ini di Sabah dan lebih kurang 1500 di Semenajung Malaysia yang berjaya membuat Kad Pengenalan atau IC dengan membayar sejumlah wang diantara RM 30,000 sehingga RM 75,000. Semua Maykad ini dibuat oleh satu rangkaian yang sama di seluruh negara.Semua maklumat secara terperinci saya sertakan dibawah.

3. YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato'/Tuan/Puan,saya mewakili majoriti suara rakyat Sabah ingin menarik perhatian kerajaan yang sedang berusaha untuk mencari dalang dalang dalam aktiviti menjual IC kepada warga asing terutama daripada India,Pakistan, Indonesian dan Filipina.Aktiviti membuat IC mengunakan wang telah mula menjadi jadi di Sabah setelah seorang yang bernama Nasir Bin Yusof berjaya mendapatkan IC untuknya pada awal tahun 2011.Saya ingin semua kita meneliti fakta dan bukti yang saya berikan.

4.Nasir Bin Yusof atau Latiff yang berasal daripada RegunathaPatti,Tamil Nadu datang ke Malaysia dengan mengunakan Visa Tukang Masak di sebuah Restoran India.Beliau kemudiannya telah berjaya membuka beberapa kedai sendiri di sekitar Kota Kinabalu,Sabah.

Antara bekas Restoran beliau yang terkenal ialah Restoran Salimah berhampiran Hospital Mesra Bukit Padang dan di Terminal Inanam. Beliau membuka kedai mengunakan nama seorang warganegara Malaysia dan menjalankan perniagaan tersebut sedangkan dia memegang Visa tukang masak pada ketika itu.Pada masa itu,beliau mula mengalihkan minat beliau ke bidang lain.

Atas sifat sifat beliau yang berani dan pandai menarik hati dan memikat pegawai kerajaan dengan memberikan suapan tertentu,beliau telah berjaya menjadi ajen menguruskan dokumen kepada pekerja asing dan majikan warganegara.Beliau membuatnya sedangkan dia hanya tukang masak di kaca mata undang undang tambahan pula kegiatan ini tiada lesen sama sekali.

5. YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato'/Tuan/Puan,Latiff mula menjual satu demi satu kedai beliau apabila perniagaan haramnya mula maju.Beliau tidak perlu sakit kepala lagi memikirkan tentang apa juadah yang perlu di masak di kedainya.

Beliau juga tidak perlu membayar cukai perniagaannya dan pendapatan.Beliau mula memberikan perhatian yang serius dalam aktiviti ajen tersebut.Beliau mula terkenal di Sabah.Beliau keluar masuk hampir setiap hari di Jabatan Imigresen Sabah(JIS).

Beliau akan datang biasanya waktu petang dengan membawa beg berisi passport dan sampul surat berwana coklat.Beliau akan terus berjumpa dengan pegawai yang diperlukan olehnya dan layanan istimewa diberikan kepadanya terlebih dahulu.Kenapa perkara ini boleh terjadi? Latiff telah pun membeli satu organisasi Jabatan Imigresen Sabah(JIS) dan Jabatan Pendaftaran Sabah.

Beliau merasuah hampir separuh kakitangan JIS bermula daripada Makanan mee kosong sehingga nasi beriyani special serta minuman,alat solek,peralatan rumah dan diberi reload kupon atau top up credit kepada semua pegawai Imigresen dan JPN.Hal ini sudah berlarutan sekian lamanya.Jika disemak handphonenya,tentu terdapat contact no semua pegawai pegawai besar kerajaan terutama Imigresen,JPN dan Polis.

6.Latiff akan menguruskan visa pekerja asing dengan bayaran ajen fee bermula daripada RM600 sehingga RM 1000.Majikan lain yang cuba berurusan sendiri di kaunter akan mengalami pelbagai kerumitan dan kelewatan serta syarat yang sangat ketat.Pegawai JIS akan mencadangkan kepada majikan untuk bertemu Latiff untuk memudahkan urusan mereka.Ini semua hasil tunjuk ajar Latiff.

Namun setakat ini hanya Pengarah baru Imigresen Sabah,Tuan Mohd Mentek sahaja tidak dapat dibeli kerana ketegasan dan prinsip yang utuh yang dimilikinya.

Latiff tidak berjaya meraih simpati daripadanya kerana Tuan Mentek juga rakyat jati Sabah yang faham masalah rakyat.Ajen sah seperti kami tidak dapat layanan sehebat yang dimiliki oleh Latiff kerana dia sentiasa menghadiakan sesuatu kepada mereka.

Hal ini amat merisaukan saya terutama apabila budaya merasuah dan memberi suapan yang dibawa daripada India diguna pakai untuk merosakkan kakitangan kerajaan kita.Sungguh memalukan sikap kotor Latiff ini yang tidak bertamadun langsung.

7. YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato'/Tuan/Puan,Latiff ini juga membantu orang ramai untuk mendaftarkan pekerja asing mereka secara haram,menguruskan penubuhan syarikat secara haram untuk memastikan warga asing dapat membawa kaum keluarga dan kerabat mereka masuk ke Malayisa melalui visa pegawai dagang.

Beliau juga mempunyai kenalan pengawai yang telah dirasuah di dalam Airport terutama pegawai Imigresen untuk membenarkan pekerja yang mengunakan visa bekerja di Semenajung Malaysia masuk bekerja di Sabah selain menguruskan urusan balik warga asing yang mempunyai masalah Imigresen.

Selain itu,beliau turut membantu orang ramai dengan bayaran tertentu untuk menguruskan dokumen lain seperti urusan membuat sijil nikah dan urusan JPN yang lain.Beliau juga sudah semakin berani apabila bila menjadi Setiausaha Parti Kimma sejurus mendapat IC nya.Beliau dilihat mempunyai ramai kenalan dalam facebooknya terutama ahli Kimma seluruh negara.

8. Latiff ini kemudian membuka sebuah kedai apabila beliau mula memiliki banyak wang dan ianya semata mata untuk menutup segala aktiviti haramnya.Kedai tersebut ialah JJ One Phone di Lot 57,Bandaran Berjaya,Kota Kinabalu.

Dalam kedai ini,terdapat sekurang kurangnya 50 passport dalam satu satu masa.Kedai ini dibuka untuk mengelirukan pihak berkuasa dan menutup mata orang ramai. Namun kedai ini hanya saya anggap sebagai boneka.

Kedai ini dibuka untuk memberi khidmat reload(kredit) kepada pegawai kerajaan khususnya pegawai Imigresen dan pendaftaran.Beliau juga difahamkan telah membuka sebuah pejabat untuk menjalankan operasi haramnya iaitu di Asia City Kota Kinabalu.

9. YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato'/Tuan/Puan ,Latiff ini berjaya melepaskan diri daripada tindakan undang undang kerana memiliki pengaruh yang kuat serta memiliki keajaiban. Beliau pernah ditahan kerana menipu dalam menurunkan tandatangan seorang majikan yang dimana pekerja asingnya yang ditahan di Kudat Sabah oleh pegawai penguatkuasa Imigresen Sabah yang dikenali Halid.Namun,kes itu di tutup tanpa sebarang tindakan.

Beliau juga mempunyai satu kawan yang dikenali sebagai Polis Ayub kerana Ayub ini mengenali hampir semua polis berpangkat tinggi di Sabah kerana dahulunya mempunyai sebuah kedai runcit dalam kawasan Ibu Pejabat Polis Kepayan.Dengan Ayub,semua kawan beliau terutama orang India boleh keluar daripada tahanan dengan mudah tanpa sebarang kerumitan.

Selain itu,di setiap pusat tahanan terutama di Kimanis Papar,Latiff mempunyai orang untuk mengeluarkan sesiapa saja yang ditahan dan Latiff akan mengenakan bayaran antara RM2,000 hingga RM5,000 setiap seorang untuk dikeluarkan dan wang tersebut akan dikongsi bersama pegawai yang terlibat.


10. YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato'/Tuan/Puan,pendedahan saya ini khas untuk menekankan bagaimana Latiff warga India yang telah lahir semula di Malaysia dan menjadi Warganegara Malaysia seterusnya menjadi salah satu kepala dalam membuat IC di Sabah. Latiff ini yang bernama Kader Moideen Latheef yang mengunakan Passport India bernombor E3171231 yang sah sehingga 08.10.2012 dan visa juga sah sehingga hujung 2011 dengan tarikh lahir dalam passport 10.10.1972.

Kini beliau bukan beridentiti sebegitu. Beliau kini dikenali Nasir Bin Yusof dengan No IC 620605-12-6421 dan tarikh lahir beliau 05 jun 1962.Perkara ini sangat jelas menunjukan berlaku banyak penipuan yang dilakukan oleh Latiff.

Bagaimana beliau boleh tua 10 tahun dalam IC berbanding Passport beliau?Pihak Tuan/Puan boleh tahu anggaran umur Latiff jika melihatnya dengan sendiri dan dia memang boleh dilihat di Imigresen Kota Kinabalu setiap hari.Siapakah Nasir Bin Yusof ini sebenarnya?Adakah orang yang telah meninggal atau pun orang yang tidak menuntut ICnya?

11.Ini bukan fitnah,saya sertakan salinan passport dan semakan daftar pemilih beliau. YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato'/Tuan/Puan boleh mengesan pemalsuan yang dilakukan. Semua kejahatan didunia ini,tuhan akan membantu untuk meninggalkan bukti.

Bukti yang saya berikan sangat jelas.Namun,bagaimana pula Latiff ini berjaya memiliki IC ini.Adakah hal ini yang dibangkitkan oleh Naib Presiden PAS, Dato Mahfuz Bin Omar baru baru ini?

Apa pun saya akan memberikan serba sedikit maklumat mereka yang terlibat.Selainya terpulang pada kerajaan Malaysia melalui penguatkuasa berkenaan untuk menyiasatnya.Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

Orang macam Latifflah yang menyebabkan desakan terhadap RCI terus dilaungkan oleh rakyat Sabah.Saya berpendapat,penahanan beberapa individu yang saya berikan ini akan mencari penyelesaian masalah IC di Sabah.

12. YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato'/Tuan/Puan,Latiff ini berjaya mendaptkan IC beliau melalui pertolongan Datuk Haji Jaffaer Henry bekas Pengarah JPN Sabah melalui bantuan SUZINA BINTI MOHD RAHFEE.Puan Suzina mempunyai hubungan rapat dengan Latiff.Latiff sentiasa mengambil dan menghantar Puan Suzina apabila pergi atau balik daripada mana mana urusan di luar negeri terutama daripada KL dan Labuan .

Selain itu,Latiff sentiasa mengunakan kereta Puan Suzina apabila dia tiada di Sabah.Latiff juga menyediakan semua keperluan rumah kepada Puan Suzina.Saya hairan bagaimana Puan Suzina yang bergred KP 27 yang juga baru mengangkat sumpah sebagai penolong pegawai pendaftaran pada tahun 2009 dan menerima penempatan baru di JPN Kota Kinabalu boleh menandatangani resit laporan kehilangan kad pengenalan pada tahun 2004 dan 1996?

Beliau yang baru mengangkat sumpah untuk bertugas di JPN K.K pada 28 Mei 2009 bertempat di The Regency,Tanjung Tuan Beach Resort,Port Dickson berjaya menyediakan semua dokumen secara sempurna untuk mendapatkan IC kepada Latiff tetapi tidak berjaya membuatnya tanpa meninggalkan bukti kukuh.Selepas berjaya mengeluarkan IC,Latiff melihat perkara ini daripada sudut perniagaan.

Beliau menginginkan mengaut keuntungan besar dengan menjual IC seperti ini. Beliau kemudianya mencari jalan dan beliau mula bersekongkol dengan rangkaian Musakkar Bin Abdullah(Kadersha) yang juga memiliki ‘IC MASIH PANAS’ yang dimana maklumatnya saya serta kan dibawah.

13.Rangkaian Musakkar ini terdiri daripada beberapa orang daripada Jabatan Pendaftaran Negara.Mereka diketui oleh Tuan Abdul Rahman bin Md Noor,Gred 42 Ketua Unit Khas Sabah(KUS) di Putrajaya,diikuti Puan Farrah Izanni Binti Mohamad Ismail Penolong Pengarah Unit Khas Sabah,Tuan Md. Solehan bin Omar ,Pengarah Bahagian,Tuan Ruslan Bin Alias,Penolong Pegawai Pendaftaran,Tuan Susilan dan Puan Sulaiha dan beberapa pegawai lagi yang di mana semua mereka daripada Bahagian Kad Pengenalan.

Mereka menerima permohonan Kad Pengenalan seperti ini hanya daripada Latiff,Musakkar dan beberapa orang lagi. Mereka akan meminta menyediakan butiran serta gambar dan kemudian mereka akan diberikan resit IC,sijil lahir dan seterusnya Maykad berserta dokumen lain oleh pegawai diatas.

14. YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato'/Tuan/Puan,saya tidak mengenali semua pegawai tersebut.Akan tetapi semua mereka ini benar terlibat.Saya tiada memiliki bukti lain selain daripada ini.Namun,saya yakin dengan bantuan semua individu tersebut,Latiff berjaya mendapatkan IC seseorang yang telah mati ataupun yang tidak dituntut oleh pemohon.Kejayaan Latiff ini berjaya menambah ahli rangkaian dan ajen di Sabah.Latiff kemudian bertukar menjadi salah satu ahli rangkaian ini dengan harapan dapat menguat untung yang besar.

Rangkaian ini kemudian di sertai oleh Salim Khan Bin Kaboor dengan IC no 681012-12-5123 iaitu pemilik sebuah restoran terkenal di Sabah iaitu Restoran Salim,Lintas Plaza Kota Kinabalu.Setelah beliau khawin kedua,beliau telah jatuh dalam perniagaan dan setelah mula berniaga IC,beliau kini sudah naik semula dan semakin kaya.Rangkaian ini kemudian berjaya mendaftarkan seramai 100 orang setakat ini di Sabah dan di Semenanjung 1500 lebih.

Semua orang yang telah meninggal di Semenanjung Malaysia telah lahir semula dengan bantuan pendekar pendekar yang baru wujud di Sabah ini.Adakah ini zaman batu atau zaman moden?

Salim dan Latiff sentiasa menjemput Tuan Rahman apabila sampai di Sabah dengan menyediakan semua kemudahan termasuk hotel mewah dan sebagainya. Perkara ini amat merisaukan saya dan seluruh rakyat Sabah.

15. YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato'/Tuan/Puan,IC yang dimiliki oleh Latiff telah dibuat sebegitu sempurna tanpa boleh dipertikaikan lagi,siap dengan salinan laporan kehilangan kad pengenalan yang kononya ia pernah hilang pada tarikh 12.03.2004 dan 30.12.96 yang ditandatangan oleh Puan Suzina yang saya sertakan sekali dengan laporan saya ini.

Namun dengan kuasa tuhan saya telah menjupai beberapa kelemahan dalam laporan ini,nama penuh dalam laporan ini ialah Nasir@Lathiep Bin Yusuf yang mana sangat berbeza dengan IC beliau.Adakah Puan Suzina ini bekerja dari tahun 1997 sehingga 2011 dalam satu bahagian yang sama dalam JPN Kota Kinabalu atau beliau baru di tempatkan di KK pada Mei 2009?Adakah perkara ini boleh masuk akal?

Latiff mempunyai 2 orang adik beradik lagi di Sabah yang mana salah satunya berada di Papar dan tidak mempunyai IC dan salah satunya yang bernama Peer Mohammad Bin Kadeer dengan no Maykad 600323-12-5465.Adik beradik satu bapa tetapi BIN lain lain. Tidakah pihak kerajaan boleh menyiasat hal ini?

16 YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato'/Tuan/Puan,seorang lagi ajen khas untuk pekerja asing India yang terlibat dalam rangkaian ini Musakar Bin Abdullah dengan IC No 620305-12-5961. Jika meneliti kisah Musakar,beliau ini boleh dianggap sangat berbahaya dan saya memiliki beberapa dokumen untuk membuktikan bahawa IC Musakar ini baru di beli.

Beliau datang daripada India mengunakan Visa Tukang Masak untuk Kedai Kopi Farvin Inanam yang dijamin oleh Majikan Aziz Bin Kasim .Kemudian Aziz telah membatalkan visa tersebut dan menghantarnya balik ke India.Salinan tersebut turut disertakan.Beliau kemudiannya balik ke Malaysia dengan jaminan seseorang lagi.

Beliau kemudian membuka sebuah kedai barang barang aneka kecil di belakang kedai Farveen Curry House berhampiran Shell, Kampung Air Kota Kinabalu.Seratus peratus barang dalam kedai ini ialah barang curi yang dibekalkan oleh sendikit tertentu dan menjadikan tingkat atas kedai beliau tempat menyimpan barang atau stor.Kemudian beliau akan menjualnya di kedai tersebut.

Pihak kerajaan boleh menyiasat hal ini dengan lebih lanjut lagi.Tambahan pula,Nama Musakkar ini sewemangnya nama bukan India.Tentu sekali,Maykad ini milik rakyat Malaysia atau Indonesia.

17.Beliau ini datang ke Malaysia dengan nama Kadersha Mydeen atau nama gelaran Katta Kaja dengan passport India Bernombor A7754373.Kemudian beliau membuat IC dengan bayaran RM 30,000 melalui rangkaiannya.Beliau berasal daripada Asoor, Trichy ,Tamilnadu dan passportnya sah sehingga 5.5.2009.

Beliau kini sudah membuka restoran sendiri di hadapan kedai barang anekanya dengan nama Restoran Farveen Curry House bertentangan Shell Kampung Air.Pada asalnya,beliau hanya bekerja disitu.Apabila berjaya mendapat untung yang banyak daripada penjualan IC,beliau terus membeli kedai tersebut dan menjadikan ianya miliknya.Kegiatan Kadersha ini boleh mengancam keselamatan Negara kita.

18. Kadersha ini pada asalnya bekerja bersama Aziz bin Kasim.Atas kebiadapan terhadap Majikannya dan melakukan kesalahan Imigresen,beliau ditahan oleh Jabatan Imigresen Sabah yang ketika itu laporan ini dibuat oleh Aziz di pejabat lama di Wisma Dang Bandang,Kampung Air. Semasa dalam tahanan,Aziz telah membatalkan visanya dan membeli tiket penerbangannya untuk balik ke India.Salinan tiket tersebut turut disertakan.

Namun,Kadersha berjaya keluar daripada tahanan dengan bantuan seseorang.Beliau kemudian membuat muslihat dan tinggal di Sabah.Sekarang ini beliau kembali ke Malaysia dan berjaya membeli Restoran majikannya sendiri.Fakta ini benar sekali,Tuan/Puan boleh menghubungi bekas majikannya Aziz bin Kasim di talian 016-8105869 untuk maklumat lanjut.

Selain itu,satu kes masih dalam siasatan di Balai Polis lama Kota Kinabalu terhadap Kadersha mengenai cek tendang yang dilaporkan oleh Aziz Bin Kasim,bekas majikannya.Baru baru ini, ada orang yang melaporkan tentang IC Musakkar (Kadersha) dibalai polis Karamusing.

Tetapi kes ini berjaya ditutup olehnya dengan wang ringgit Malaysia. Kadersha juga menyembunyikan dirinya selama seminggu di rumah banglonya yang dibeli dengan wang hasil kerja kerasnya membuat IC di Semenanjung Malaysia sebelum menutup kes ini.SB Mohan daripada balai karamusing juga mengetahui hal ini.Dialah yang menguruskan kes kes India di Kota Kinabalu.

19. YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato'/Tuan/Puan,oleh itu saya harapkan satu penyiasatan khas dibuat mengenai hal ini.Saya bersama ratusan rakan rakan saya tidak akan teragak agak untuk mengumpulkan tandatangan bagi memastikan kerajaan Malaysia menyiasat hal ini dan tidak memberikan sebarang alasan.IC mereka yang terlibat harus ditarik balik.Kami rakyat Sabah tidak mahu mereka menjadi salah satu pengundi dalam pilihanraya 13 akan datang .

Kami mahukan penyelesaian menyeluruh.Sekiranya kerajaan Malaysia tidak menyiasat dan mengenakan tindakan undang undang keatas semua suspek ini,maka kami akan meminta bantuan pembangkang untuk menuntut penyiasatan ke atas isu ini.Isu ini dikira amat penting untuk kami warga Sabah. Kami hilang punca pendapatan angkara warga asing seperti Latiff dan Kadersha yang diberikan IC.

20.Oleh itu,saya harap agensi kerajaan yang terlibat menyiasat hal ini serta merta sebelum pilihanraya akan datang .Penerima IC seperti ini harus dibuang dahulu .Mereka tiada hak memegang kad pengenalan Malaysia.Pendedahan saya ini membantu kerajaan untuk mengesan individu yang bersalah dan seharusnya inilah peluang yang baik kepada kerajaan Malaysia untuk membersihkan nama daripada dakwaan pembangkang.
Apa pun jutaan rakyat Sabah akan menantikan berita gembira tentang dalang dalang dan pemegang IC ini ditangkap secepat mungkin.Kami menaruh harapan pada kerajaan yang kami sanjung selama ini.Kami sentiasa menantikan langkah daripada kerajaan selepas ini dengan harapan yang besar.Penuntutan pembangkang untuk menubuhkan RCI akan terjawab dengan tertangkapnya rangkaian ini.
Maklumat ini saya kumpul daripada ajen ajen SAH di Sabah dan orang ramai.Selepas penahanan rangkaian ini,Ini kalilah, terjawabnya semua misteri di sebalik desakan penubuhan RCI.Apabila berita ini diketahui oleh mereka,tentu mereka akan bersembunyi dan keluar selepas keadaan baik semula.Tapi ingat, kami tidak akan biarkan rangkaian ini sampai bila bila pun.

21. Kami tidak mendedahkan identiti kami seperti no telefon selengkapnya kerana risau tentang keselamatan kami.Semua yang terlibat amat berbahaya.Pegawai kerajaan juga dikira amat takut dengan mereka ini. Namun jika diperlukan,bukan saya seorang yang akan tampil nanti,ribuan orang yang menyokong saya dalam hal ini akan tampil ke hadapan.Saya harap kerajaan mulakan dahulu penyiasatan.Semua bukti kukuh telah saya berikan.

Tiada satu pun tuduhan saya ini boleh dianggap fitnah.Kami sedang mengumpulkan nama nama dan biodata mereka yang baru sahaja membeli IC daripada rangkaian ini dan akan didedahkan kemudian hari.Sedang masih ramai pemegang kad bunga raya di Sabah akibat daripada kelewatan JPN menguruskanya yang berpunca daripada kekurangan maklumat,bagaimana kerajaan boleh bertindak mengeluarkan IC berbayar seperti ini yang seratus peratusnya haram????
Sekian

Salam Satu Malaysia,

CHUNG SU LI
Anak Sungai Derhaka

From one of Borneon Young Generation

03rd Day of Rejab 1433 H : Salam, greetings all members of SSKM. It`s been a long time I didn`t post anything in this group. Just wanna tell u guys. A true story from me.

~ I was a Malaysian@Malaya lover BEFORE I further my study in Malaya. I`m very patriotic with Malaysia@Malaya. I love Bahasa Melayu, I kiss the Malaysian flag almost everyday. I hate English because my Malaya spirit during that time was very strong.

~ Then, once I further my study in Malaya and get to know the cultures there for more than a year, WHHAAAAATT???!!! Very rude society with the "Peerrgghh", "Eyk", "Weyh babi! Ko kat mane gile???" I mean, WTH man? After all these years I watch the 1MALAYSIA@MALAYA advert in the television, it`s like that slogan is just a rhetoric! Huh!

~ Anyway, thanks Malaya & Malayan people for making me realise that you guys are such a good actors & actresses, damn hipocrits! And, thanks, for making me realise that I`m a Borneoan with the, "Seluruh Malaysia, TERMASUK SABAH & SARAWAK" quote. Dh seluruh Malaysia, mengapa perlu letak "TERMASUK SABAH & SARAWAK???" Oh ya, Sabah & Sarawak is in BORNEO! Yaah! Yakumadah!

~ DUM SPIRO SPERO! | PERGO ET PERAGO!
"While I breathe I hope!" | "I undertake & I achieve!"

Member of SSKM since November 2011 M. A #38 petition signer.

P/S: Oh ya, thanks Malayan people for making too much noise when buying Kek Lapis & souvenirs when you guys come here, to Sarawak, Borneo. Very irritating la. Suara sampey ke langit! Huh! Beli kek lapis berkotak-kotak. Kedak sik kalak makan benda nyaman.

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...