Monday 29 September 2014

Sabah, Sarawak and malaysia

Jika anda bebas untuk memasuki perkongsian, anda juga bebas untuk meninggalkannya. Jika anda tidak bebas untuk meninggalkan perkongsian, maka ia bukan suatu perkongsian. Ia pendudukan dan penjajahan semula.

Isunya ialah bahawa Malaysia tidak mempunyai legitimasi di Borneo. Jika seseorang mencuri tanah anda, anda perlu mendapatkanya kembali. Jangan hidup sebagai seorang hamba di atas tanah anda sendiri dengan pencuri.

Meninggalkan atau mengakhiri perkongsian bukan pemisahan dan tidak boleh diklasifikasikan sebagai hasutan atau pengkhianatan.

Artikel 160 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyatakan bahawa Persekutuan Malaysia, yang sebelum ini dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu (Malaya), adalah berdasarkan kepada Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 yang ditandatangani oleh semua negeri-negeri di Malaya. Borneo Utara dan Sarawak tidak menandatangani Perjanjian ini. Negeri-negeri lain di Malaya pun tidak bersetuju untuk Borneo Utara dan Sarawak menjadi negeri ke-12 dan ke-13 Persekutuan ini.

Kedua-dua negara di Borneo tidak MASUK Persekutuan ini. Mereka BERSAMA Persekutuan ini melalui Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai rakan kongsi sama taraf dengan Malaya.

Jesteru, berdasarkan interpretasi Artikel 160 bahawa Persekutuan Malaysia sebenarnya adalah Persekutuan Malaya yang dinaik taraf, secara logiknya North Borneo dan Sarawak adalah sama taraf dengan Malaysia.

Sebarkan...

0 comments :

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...