Thursday 9 October 2014

Surat dan Borang Online Petition SSKM (Sabah Sarawak Union-SSU)

Pihak SSKM dengan sukacitanya ingin berkongsi kepada umum tentang surat dan borang yang sedang digunakan untuk mengumpul tandatangan dikalangan penduduk Negara Sabah dan Negara Sarawak. Mohon bantuan anda semua untuk "Download" dan lakukan secara individu mahupun berkumpulan.
Hasil daripada pengumpulan tandatangan tersebut, anda boleh bantu mereka untuk mengisinya secara online di link ini http://www.gopetition.com/petitions/sabah-sarawak-rights.html. Jikalau mereka yang tidak mempunyai email, anda boleh bantu mereka dengan cara "create email" untuk mereka. Borang tersebut hendaklah disimpan dan dikirimkan kepada pihak Sukarelawan-sukarelawan SSKM di Negara Sabah dan Negara Sarawak.

Kesemuanya ada TIGA (3) kertas yang perlu dikepilkan bersama-sama setiap kali untuk berjumpa orang awam untuk menandatangani petition ini. Untuk pengisian borang, anda boleh sediakan seberapa banyak yang anda mahukan.

Sebarang pertanyaan dan persoalan, sila email kepada pihak kami melalui email rasmi kami di sskmsabahsarawak@gmail.com
Sila sebarkan...

0 comments :

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...