Sabah dan Sarawak adalah BERSTATUS NEGARA dan bukannya Negeri.

Sabah dan Sarawak adalah sebuah Negara yang MERDEKA DAN BERDAULAT yang mana kedua - dua NEGARA ini telah bersama-sama dengan Singapura dan Malaya untuk membentuk Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.

Happy Sabah (North Borneo) Independence Day 51 Years

Sabah or previously known as North Borneo was gained Independence Day from British on August 31, 1963. To all Sabahan, do celebrate Sabah Merdeka Day with all of your heart!

Sarawak For Sarawakian!

Sarawak stand for Sarawak! Sarawakian First. Second malaysian!

The Unity of Sabah and Sarawak

Sabah dan Sarawak adalah Negara yang Merdeka dan Berdaulat. Negara Sabah telah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1963 manakala Negara Sarawak pada 22 Julai 1963. Sabah dan Sarawak BUKAN negeri dalam Malaysia! Dan Malaysia bukan Malaya tapi adalah Persekutuan oleh tiga buah negara setelah Singapura dikeluarkan daripada persekutuan Malaysia.

Sign Petition to collect 300,000 signatures

To all Sabahan and Sarawakian... We urge you to sign the petition so that we can bring this petition to United Nations to claim our rights back as an Independence and Sovereign Country for we are the Nations that live with DIGNITY!

Decedent of Rajah Charles Brooke

Jason Desmond Anthony Brooke. The Grandson of Rajah Muda Anthony Brooke, and Great Great Grandson of Rajah Charles Brooke

A true Independence is a MUST in Borneo For Sabah and Sarawak.

Sabah (formerly known as North Borneo) and Sarawak MUST gain back its Freedom through a REAL Independence.

Tuesday 2 September 2014

Kenyataan Rasmi SSKM terhadap Tuduhan "Menghasut" daripada kerajaan persekutuan malaysia di Negara Sabah

Salam sejahtera kepada semua Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak. Saya Doris Jones ingin membuat kenyataan rasmi bagi mewakili sebuah Kumpulan dalam Facebook yang bernama Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM).

Melihat kepada keadaan semasa sekarang di Malaysia, Kerajaan "Malaya" yang telah menyamar menjadi "Malaysia" kini telah mengeluarkan ancaman berbentuk ugutan kepada Pejuang-Pejuang Bangsa Borneo daripada Negara Sabah dan Negara Sarawak. Saya, sebagai Rakyat Bangsa Negara Sabah sangat terkilan namun tidak terkejut dengan tindakan yang diambil oleh kerajaan "Malaysia" yang dipimpin oleh sebuah parti yang mempunyai dominasi besar di Negara Sabah melalui sokongan "Pendatang Tanpa Izin (PTI)" khususnya di Pantai Timur Negara Sabah yang mana kekuatan UMNO-BN lebih kukuh di bahagian ini.

Saya ingin menerangkan sedikit sebanyak secara ringkas mengenai perjuangan Kumpulan SSKM. 

Nama Kumpulan "SSKM" digunakan adalah bertujuan untuk melihat sejauh manakah rakyat Negara Sabah dan rakyat Negara Sarawak mempunyai sentimen ini dan nampaknya majoriti rakyat di kedua-dua Negara di kepulauan Borneo ini sememangnya mempunyai sentimen yang sama dengan kuat sekali.

SSKM merupakan sebuah Kumpulan yang terdiri daripada Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak. Tujuan SSKM ditubuhkan adalah untuk mendidik Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak mengenai kebenaran yang disembunyikan selama ini tanpa pengetahuan mereka terutama sekali kepada golongan Generasi Muda Negara Sabah dan Generasi Muda Negara Sarawak.

Perkongsian ilmu dan maklumat tersebut adalah mengenai sejarah Negara Sabah (dahulunya dikenali sebagai North Borneo) dan Sejarah Negara Sarawak sebelum perang Dunia Pertama, Kedua, Penjajahan British, Kerajaan Dirajah James Brooke, sebelum Pembentukkan Malaysia serta selepas Pembentukkan Malaysia.

Informasi sejarah berfakta dan dokumen yang direkodkan didedahkan kepada semua orang khususnya kepada ahli-ahli dalam kumpulan SSKM. Kepincangan dan salahlaku pemimpin-pemimpin Negara Sabah dan Negara Sarawak khususnya malaya didedahkan untuk Generasi Muda Borneo melihat, memahami dan membuat renungan sama ada mahu mengulangi sejarah yang salah atau memperbetulkan keadaan lalu dengan membuat satu Kebangkitan Nasionalisme secara menyeluruh di kedua-dua Negara ini iaitu di Negara Sabah dan Negara Sarawak yang tidak bermotifkan politik. Dalam erti kata yang lain, ia adalah Kebangkitan Semangat untuk berjuang mengembalikan Hak-hak mutlak yang selama ini telah dikhianati, dilanggari oleh pemimpin-pemimpin Malaya khususnya dan kerajaan persekutuan tanah melayu (malaya) amnya.

Perkara ini juga dengan sangat jelas dapat dilihat melalui satu penemuan sebuah buku yang ditulis oleh seorang Professor British yang berjudul "Malaysia". Saya sertakan "link"nya untuk anda semua "download" demi mengetahui sejarah sebenar pembentukkan Persekutuan Malaysia.

Selain itu juga, SSKM tidak pernah memaksa mana-mana individu untuk menyertai perjuangan ini tetapi ia adalah atas kerelaan diri mereka sendiri setelah mengetahui kebenaran ini yang selama ini disembunyikan oleh pemimpin-pemimpin malaya dengan memutar-belitkan sejarah Sabah dan Sarawak serta mencemarkan imej Pejuang-pejuang Bangsa Negara Sabah dan Negara Sarawak selama ini. Salah satu contoh mangsa dalam permainan politik malaya dalam mendiamkan suara jati rakyat Borneo daripada Negara Sabah ialah Datuk Dr.Jeffrey G.Kitingan.

Teguran baik yang disampaikan oleh beliau telah diputar-belitkan dengan melabelkannya sebagai seorang yang berkepentingan diri-sendiri, membuat tuduhan palsu mengenai rasuah, serta menuduhnya ingin membawa Sabah keluar daripada Persekutuan Malaysia. Ia selari dengan kata-kata para ilmuan barat yang mengatakan "Untuk merosakkan satu pohon pokok, racunkan akarnya. Untuk merosakkan sebuah tamadun sesebuah bangsa, putar-belitkan sejarah mereka serta calarkan imej pemimpin mereka".

Perkongsian demi perkongsian secara individu sama ada melalui Facebook mahupun pertemuan secara bersemuka adalah antara usaha pihak kami untuk meningkatkan kesedaran mengenai perkara-perkara salahlaku yang selama ini dilakukan oleh kerajaan yang memerintah di Bumi Borneo ini khususnya di Negara Sabah melalui parti politik umno-bn.

Hasil kekayaan sumber asli seperti minyak dan gas, hasil pendapatan atas darat seperti kayu balak, kelapa sawit, segala macam cukai dalam kawalan kerajaan Negara Sabah dan Negara Sarawak diambil oleh kerajaan pusat atas dasar pengagihan sumber kekayaan kepada semua negeri-negeri khususnya dimalaya yang sememangnya ia bertentangan dengan Perjanjian yang terkandung dalam 18 dan 20 Perkara, Malaysia Agreement 1963, Laporan IGC dan juga Laporan Cobbold Commission.

SSKM dengan tegas sekali mengatakan bahawa perkataan dan tuduhan "hasutan" yang digunakan oleh kerajaan persekutuan yang memerintah sekarang terhadap kami (SSKM) adalah satu tuduhan untuk menampakkan pihak kami (SSKM) berada ditempat yang salah dan secara tidak langsung pihak kerajaan persekutuan ingin menyembunyikan Pengkhianatan mereka dan menampakkan diri mereka sebagai pemimpin-pemimpin yang terbaik sedangkan semua orang tahu siapa diri mereka ini.

Kami, SSKM berjuang berlandaskan kepada Kebenaran Fakta serta memliki dokumen-dokumen yang sah untuk menyokong perjuangan ini. Kami juga berjuang berlandaskan kepada undang-undang tanpa menimbulkan sebarang ancaman fizikal tetapi adalah dalam bentuk kesedaran sejati melalui pendedahan kebenaran sejarah. Dan jikalau tindakan yang dilakukan oleh pihak kami ini salah dimata pihak kerajaan persekutuan, itu adalah masalah anda dan bukan kami.

Kami juga percaya bahawa ancaman ugutan yang kini kian dimainkan oleh pihak media kerajaan sebenarnya sedang memperkukuhkan lagi kekuatan rakyat Negara Sabah dan Negara Sarawak untuk berdepan secara bersemuka di Makhamah dan berhujah berlandaskan kepada fakta yang sahih agar suara jati Bangsa Negara Sabah dan Negara Sarawak didengari secara rasmi sama ada dalam persekutuan malaysia mahupun diperingkat antarabangsa. Hakikatnya, seluruh kerajaan di dunia kini sedang memerhatikan kerajaan malaysia tentang perkara ketidakadilan yang telah dilakukan terhadap Kerajaan dan Rakyat Negara Sabah dan Negara Sarawak. Akhir kata daripada saya, "Pergo Et Perago" & "Dum Spiro Spero".

Doris Jones

2 September 2014

Individu buat kenyataan bawa Sabah keluar dari Malaysia dikenal pasti

LAHAD DATU: Pihak polis mengenal pasti individu yang mengeluarkan kenyataan untuk membawa Sabah keluar dari Malaysia, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Bakri Mohd Zinin.

Beliau berkata, siasatan lebih lanjut akan dilakukan terhadap individu terbabit dalam tempoh terdekat kerana mengeluarkan kenyataan yang berunsur hasutan.

"Tindakan tegas akan ambil terhadap mereka yang mengeluarkan kenyataan mempertikai kedudukan Sabah dalam Malaysia.

"Polis akan memastikan tindakan diambil selari dengan kenyataan yang dibuat yang boleh kita anggap sebagai menghasut masyarakat di Sabah supaya membenci negara sendiri," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas merasmikan Kompleks Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu, hari ini.

Sabtu lalu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dalam satu program di Sipitang, berkata tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang mencadangkan usaha membawa Sabah keluar dari Malaysia yang disifatkan sebagai menjejaskan semangat kerjasama, keselamatan dan perpaduan rakyat.

Mohd Bakri berkata, perbuatan itu sebagai sengaja mahu memporak perandakan negara dan meminta pihak berkenaan supaya menghentikan tindakan sedemikian.

Mengenai pelaksanaan perintah berkurung di perairan timur Sabah, beliau berkata ia akan dihentikan jika tahap keselamatan di kawasan itu pulih.

Beliau berkata, tindakan yang diambil adalah berdasarkan kepada keperluan keselamatan dan anggota masyarakat sedia maklum ia berkesan dalam mengekang kegiatan yang boleh mendatangkan ancaman keselamatan di Sabah.

"Setakat ini, perintah berkurung masih kekal dan orang ramai di kawasan terbabit perlu memberi kerjasama. Sekiranya keselamatan di Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSZOne) pulih sedia kala, barulah kita fikirkan untuk tidak melanjutkannya," katanya. - BERNAMA

Source: Berita Harian

Suara cadang bawa Sabah keluar dari Malaysia jejas perpaduan, kata Muhyiddin

Suara yang mencadangkan membawa Sabah keluar dari Malaysia akan menjejaskan semangat kerjasama, keselamatan dan perpaduan rakyat, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin (gambar) berkata kerajaan tidak mahu mendengar ada suara yang dibangkitkan kumpulan kecil namun lantang kononnya tiada apa-apa kemajuan di Sabah dan mencadangkan usaha dibuat untuk membawa Sabah keluar dari Malaysia.

"Usaha ini satu sikap saya kira bertentangan dengan perlembagaan, negara dan negeri. Ia bersifat hasutan kalau dibiarkan berlaku maka akan menjejaskan semangat kerjasama, keselamatan dan perpaduan yang telah ada di Sabah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Festival Antarabangsa Gasing dan Tamu Besar (Gata) Sipitang hari ini. Hadir sama Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan Ahli Parlimen Sipitang,  Datuk Sapawi Ahmad.

Sehubungan itu, Muhyiddin berkata suara seperti itu, jika ada, tidak boleh dibiarkan dan tindakan tegas akan diambil pihak berkuasa terhadap pihak yang cuba menimbulkan keadaan sedemikian.

Muhyiddin berkata tindakan tegas itu bagi menentukan Sabah kekal sebagai sebuah negeri penting dalam Malaysia dan terus menikmati kemajuan serta pembangunan pada masa akan datang.

Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan memberi sokongan padu terhadap penganjuran festival berunsur seni dan budaya di negara ini yang memaparkan falsafah yang dapat membentuk penyatuan sosial antara kaum.

Negara, katanya, tidak akan mencapai kejayaan pembangunan ekonomi yang makmur jika masyarakat tidak bersatu padu.

Beliau berkata negara yang sentiasa berada dalam keadaan bergolak akan menimbulkan banyak masalah dan kerugian kepada semua orang termasuk pelancong.

"Sebarang pergolakan akan menyebabkan kita kehilangan sebahagian besar pendapatan negara, sekali gus akan menjejaskan usaha membangunkan negara selaras matlamat menjadi negara maju pada 2020," katanya.

Sehubungan itu, Muhyiddin berkata Festival Gata bukan sahaja dapat membantu mempromosi Sipitang sebagai pusat tarikan pelancong dan pelabur dalam serta luar negara, sebaliknya turut menyumbang ke arah usaha untuk memelihara budaya dan tradisi lama agar tidak lupus ditelan arus pemodenan.

"Jika kita lihat sekarang, banyak tradisi dan khazanah kita semakin pupus. Keadaan ini sememangnya merugikan kerana kita semakin hilang identiti sebagai bangsa yang penuh adat tradisi dan budaya," katanya.

Menurutnya keadaan ini semakin meruncing sejak akhir-akhir ini akibat pengaruh dari luar yang semakin menular di kalangan masyarakat. – Bernama, 30 Ogos, 2014.

***Pada mulanya, siapakah yang terlebih dahulu menjejaskan perpaduan melalui NGO yang Racist berpaksikan kepada ideologi bn-umno? Dan kini, ingin bertopengkan sebagai seorang pencinta perpaduan? bn-umno adalah kumpulan orang manusia yang pandai berdrama namun lakonan tersebut dicacatkan dengan kebenaran oleh pihak kami, SSKM!***

See more at: The Malaysia Insider

Tindakan Terhadap Usul Sabah Keluar Daripada Malaysia

KOTA KINABALU - Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Jainab Ahmad Ayid menyokong penuh agar pihak berkuasa bertindak tegas terhadap pihak yang mencadangkan Sabah keluar dari Malaysia.  

Beliau berkata, perjuangan untuk merdeka bukan mudah sebaliknya memerlukan proses dan mengambil masa yang panjang serta sukar oleh pemimpin terdahulu.

"Dahulu dan kini telah banyak perubahan, banyak bandaraya dibangunkan oleh pemimpin kita. Perjuangan nenek moyang termasuk, bapa kemerdekaan negara, semuanya untuk melihat negara ini aman sejahtera seperti dinikmati pada masa kini," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita ketika merasmikan Majlis Mega Raya, Aktiviti Kebajikan dan Pra Pelancaran syarikat Born For Success (BFS) Sdn Bhd peringkat negeri di sini hari ini.

Jainab berkata, media sosial tidak harus disalahgunakan untuk menghasut atau mengganggu gugat keamanan negara dan masyarakat di negara ini khususnya di Sabah perlu mencontohi negara Jepun dalam membangunkan ekonomi negara mereka.  

Katanya, negara Jepun amat menitik beratkan aspek hormat menghormati di antara satu sama lain dan ia wajar dicontohi.

Sabtu lalu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan tidak mahu mendengar ada suara yang dibangkitkan kumpulan kecil namun lantang kononnya tiada apa-apa kemajuan di Sabah dan mencadangkan Sabah keluar dari Malaysia. -Bernama

***Secara jujurnya, pihak kami, SSKM TIDAK PERNAH GENTAR terhadap ugutan mereka. SSKM is a MUST!***

In The First Place, The Issue Of Secession Does Not Arise

In the first place the issue of secession does not arise. We merged Sabah, Sarawak with Malaya n Singapore to form Malaysia to help solve their problem.

The issue is Sabahans and Sarawakians now realize that they have been taken for a ride n cheated by Malaya in the name of the federal government. Malaya have become malaysia n taken over Sabah as if it is their colony .

Look at our situation today,.,Sabah the poorest state, our population changed n manipulated, our political franchise rights given to illegal immigrants, our history manipulated,our oil n revenues taken, our young people being indoctrinated, now Malaya is ruling directly over us thru UMNO, etc.
SS want their rights in the agreement as promised to b respected n complied with, including the 20 Points.

If raising these rights and voicing out these grouses is treasonous or "hasutan" and the federal govt wants to arrest us for secession to shut our voices so be it.

The world is watching . I will not be cowed by the threats of arrest and the fight for freedom will go on even without me.

I don't intent to prepare anything . I will just pray. The arrest will be good for the struggle because it will get stronger and will eventually lead to the separation of the Borneo States.

The arrest may spell the end of Malaysia.

God Bless you n family

Dr. Jeffrey G.Kitingan

Isu pemisahan tidak timbul

Pada mulanya, isu pemisahan tidak timbul. Sabah, Sarawak, Malaya dan Singapura digabungkan untuk membentuk Malaysia bagi membantu menyelesaikan masalah Malaya.

Isunya ialah Sabahan dan  Sarawakian kini sedar bahawa mereka hanya diambil kesempatan, diperkudakan dan ditipu oleh Malaya atas nama kerajaan persekutuan. Malaya diubah menjadi Malaysia dan mengambil alih Sabah seolah-olah Sabah adalah tanah jajahan mereka.

Lihatlah keadaan kita hari ini. Sabah negeri termiskin, penduduk dan kependudukan berubah, dan hasil minyak kita diambil dan sebagainya. Sabah dan Sarawak mahu hak-hak mereka seperti dalam perjanjian supaya dihormati dan dipatuhi, termasuk 20 Perkara.

Sekiranya dengan membangkitkan hak-hak dan menyuarakan rungutan ini dianggap khianat atau menghasut dan kerajaan persekutuan mahu melakukan tangkapan dengan tujuan untuk menutup suara kami, terpulang kepada mereka. Dunia sedang memerhati. Saya tidak akan tunduk kepada ancaman ancaman tangkap kerana perjuangan untuk kebebasan ini akan berterusan walaupun tanpa saya.

Saya tidak berniat untuk melakukan apa-apa. Memadai sekadar berdoa sebab sebarang tangkapan hanya akan membangkitkan semangat juang yang lebih ramai dikalangan Sabahan dan ini akan memperkemaskan dan baik untuk perjuangan. Pastinya perjuangan ini akan bertambah kuat dan akhirnya akan membawa kepada pemisahan Borneo dan boleh ditafsirkan sebagai satu permulaan kepada kehancuran Malaysia.

Tuhan memberkati.

Dr.Jeffrey G.Kitingan

Penghasut rakyat Sabah dikenal pasti

KUALA LUMPUR 1 Sept. - Pasukan keselamatan telah pun mengenal pasti pihak tidak bertanggungjawab yang cuba menghasut rakyat negara ini agar menuntut supaya Sabah keluar dari Malaysia.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika mengesahkan perkara itu bagaimanapun enggan mendedahkan secara terperinci kerana pihak polis akan membuat pengumuman mengenainya.

"Benar (wujud cubaan menghasut rakyat). Kita telah kenal pasti. Tunggu tindakan dan pengumuman polis," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Segambut di sini hari ini.

Pada Sabtu lalu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan rakyat Sabah agar tidak termakan hasutan pihak tidak bertanggungjawab yang mahu melihat Sabah keluar dari Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri yang mahu tindakan tegas diambil ke atas pihak berkenaan berkata kerana perbuatan liar itu sangat berbahaya dan boleh memecahbelahkan perpaduan serta keamanan negara.

Terdahulu dalam ucapannya, Ahmad Zahid menggesa Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail agar peka dengan gesaan akar umbi yang mahu pendakwaan segera diambil ke atas pihak yang menghina bangsa, agama dan institusi raja.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata, kegagalan Abdul Gani untuk berbuat demikian sedangkan isu berbangkit menyentuh hal-hal sensitif hanya akan menyebabkan kredibiliti kerajaan terjejas.

"Polis hanya menjalankan siasatan tetapi bidang kuasa Peguam Negara untuk menentukan ada pendakwaan atau tidak, tetapi beliau pun kena peka kerana kalau tidak rakyat akan menuduh wujud pendakwaan terpilih.

"Saya bukan hendak membela polis atau mencari salah mana-mana pihak tetapi dalam hal sensitif seperti agama, bangsa dan institusi diraja ini perlu tindakan tegas dengan segera," katanya.

***Untuk pengetahuan anda semua, pihak kami daripada SSKM TIDAK GENTAR dengan ugutan tersebut. Inilah mentaliti pemimpin malaya. Apabila pemimpin Negara Sabah bercakap berlandaskan kepada fakta, mereka cuba menakutkan dan mengugut dengan ancaman seperti tindakan undang-undang yang langsung tidak berkaitan dengan keadilan. Tindakan ini adalah semata-mata untuk menutup mulut pemimpin-pemimpin Nasionalis Negara Sabah!***

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140902/dn_02/Penghasut-rakyat-Sabah-dikenal-pasti#ixzz3C8SUGaXY

Sabahan view on Malaysia forward

Jeffrey Kitingan suggests reviewing the Malaysia Agreement 1963 first before thinking of exiting the Federation.

KOTA KINABALU: Standing still or doing nothing is not an option after 51 years of Sabah and Sarawak being in Federation with the peninsula.

That’s the thrust of Star Sabah Chief Jeffrey Kitingan’s presentation at a pre-weekend public forum in Kota Kinabalu, “Malaysia at the Crossroads”, on the eve of the 57th and 51st Independence Day celebrations of the peninsula and Sabah respectively. Sarawak obtained its independence on 22 July, 1963.

The Federation as it exists, he warned, has veered away from the original purpose behind the Malaysia Agreement 1963 (MA63) i.e. a Goodwill Project, an equal partnership of Sabah, Sarawak and Malaya to facilitate Singapore’s merger with the peninsula.

“The Federation as it exists must be restructured to reflect MA63,” said Jeffrey who did not say whether Singapore must be brought back into the equation. “There must be a new Malaysian Constitution in line with MA63, not the Federal Constitution which is actually the old Malayan Constitution with minor changes.”

The reality on the ground, added Jeffrey, is that Penang, Malacca and Kedah can all be inserted into Keningau, the city in the interior which he calls home. Yet, Keningau is represented by just one seat in Parliament, he fumed.

An equally troubling question, continued Jeffrey, is that the Federation has since degenerated over the years into a de facto unitary state viz. the states have very little power while local governments have no power.

“If we do nothing,” ventured Jeffrey, “we are in fact condoning the continued occupation of Sabah and Sarawak by the peninsula.”

Occupation, no different from colonisation, brings with it all it means in the sense that the resources of the vassal territories are controlled, managed and monopolised by the mother country, he said.

Continued domination of the Borneo nations by the peninsula, said Jeffrey, is politically incorrect and unacceptable. “We must have our own Prime Ministers in Sabah and Sarawak.”

Jeffrey suggests that attempts be made by the parties concerned to review and re-sign MA63 before considering other options like Sabah and Sarawak exiting the Federation.

“The presence of the illegal immigrants has made it harder for Sabah,” conceded Jeffrey if the independence option is to be considered. “We have to consider the politics, defence and military aspects as well. It’s a dilemma.”

Hindraf adopts Sabah, Sarawak case

Waytha will use his international networking with human rights bodies and legal fraternities.

KOTA KINABALU: Hindraf Makkal Sakthi, an ad hoc apolitical human rights NGO working across the political divide in the peninsula, has adopted the plight of Sabah and Sarawak in its relations with the peninsula since the case falls within the spectrum of its human rights activities.

Hindraf chief P Waythamoorthy made this position clear, without getting into specifics, during the dialogue that followed his pre-Merdeka presentation, The Case of Sabah and Sarawak, in Kota Kinabalu.

“The Borneo nations, Sabah and Sarawak, have a good case for self-determination, at least autonomy in the fullest sense of the word, since they are so very different from the peninsula,” said Waytha.

“Just consider the distance alone from the peninsula on the other side of the South China Sea,” he explained.

He pointed out this position was clear in international law and could be verified by reference to the United Nations and other international bodies.

Waytha said he did not think it would be a case of flogging a dead horse by blaming the British, the real culprits according to him, in the entire sordid affair that was renamed Malaysia on Sept 16, 1963.

According to him, “The British were motivated by their own selfish motives like the defence burden and protecting their commercial interests.”

“It’s possible to initiate civil action, a class action suit, against the UK Government,” said Waytha in recalling the similar action his NGO initiated in London on behalf of displaced estate workers in the peninsula.

Hindraf’s fight also included other Indians who were lured by the British to the peninsula during the days of the British empire, which occupied large parts of the Indian subcontinent too.

The people of Sabah and Sarawak, Waytha urged, could seek a declaration in the UK that the British Government had no right to seize Sarawak after World War II, that the handover of Sabah and Sarawak to the Malayan government was unlawful, and that there had been non-compliance on Article III of the Malaysia Agreement 1963 (MA63) and that MA63 should be rescinded.

Waytha did not say what his organisation could do for Sabah and Sarawak on these issues, but it’s known that he would use his extensive international networking with human rights bodies and legal fraternities on behalf of Sabah and Sarawak.

The Hindraf chief also pointed out there were “several other options that the Borneo states could pursue”.

These included taking their plight international, launching an awareness campaign at home, and having the assemblies in Sabah and Sarawak take a stand on their plight in the federation with the peninsula.

It’s about decolonisation, not secession

BoPIM chief says DPM standing on thin grounds by claiming Sabah belongs to Malaysia.

KOTA KINABALU: Secession is not the right word to use if Malaysia was indeed formed by Sabah, Sarawak, Singapore and Malaya, as some activists in Borneo claim.

In that case, there’s nothing to prevent the break-up of this formation.

If Sabah and Sarawak, on the other hand, joined Malaysia, where’s the evidence that this was a voluntary exercise?

Daniel John Jambun, president of the UK-based Borneo’s Plight in Malaysia Foundation (BoPIM), was rebutting Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin who used the “S” word in Sipitang on Saturday.

Muhyiddin was warning “secessionists” to cease and desist or risk facing the consequences of their “seditious and treasonous” activities.

Daniel said he did not want to get into rhetoric and polemics on whether the two Borneo nations helped form Malaysia on Sept 16, 1963 or joined the Federation.

“If we look at the definition of Federation in Article 160 in the Federal Constitution, no new Federation was formed on Sept 16, 1963,” said Daniel.

According to the BoPIM chief, this raises the question of “what’s the basis for Sabah and Sarawak to be in Federation with the peninsula?”

The humans rights NGO is taking the position that both Sabah and Sarawak were dragged into the Malayan Federation in 1963 by the Malayan and British Governments to facilitate the merger of Chinese-majority Singapore with multiracial peninsula.

“Singapore was expelled within two years from the Federation, renamed Malaysian Federation on Sept 16, 1963,” pointed out Daniel from history.

“However, Sabah and Sarawak were locked in.”

Daniel thinks that instead of using the “S” word and issuing unspecified threats, the deputy prime minister should understand why activists have embarked on a signature campaign to get the United Nations to revisit a 1962 People’s Petition opposing the idea of Sabah, Sarawak, and Brunei having anything to do with the idea of federating with Malaya/Singapore.

“This is the unfinished business of decolonisation in Borneo,” ventured Daniel. “So, we should be thinking decolonisation and not focus on the “S” word.

The DPM is standing on thin ground by claiming Sabah belongs to Malaysia.”

Dekolonisasi bukan isu pemisahan

"Dekolonisasi adalah isu yang belum selesai di Borneo. Oleh itu, kita harus berfikir dekolonisasi dan tidak memberi tumpuan kepada perkataan " S ". TPM berdiri atas alasan nipis dengan mendakwa bahawa Sabah adalah milik Malaysia."

KOTA KINABALU: Pemisahan bukan perkataan yang betul untuk digunakan jika Malaysia sememangnya dibentuk oleh Sabah, Sarawak, Singapura dan Malaya, dakwa beberapa aktivis di Borneo. Oleh itu, tiada apa-apa yang menghalang pembubaran pembentukan ini.

Sebaliknya jika Sabah dan Sarawak, menyertai Malaysia, di mana bukti bahawa ini adalah secara sukarela?

Daniel John Jambun, presiden Borneo’s Plight in Malaysia Foundation (BoPIM),yang berpangkalan di UK mengulas Timbalan Perdana Menteri (TPM) Muhyiddin Yassin yang menggunakan perkataan “S” dalam ucapannya di Sipitang pada Sabtu. TPM telah memberi amaran kepada “secessionists” untuk menghentikan dan berhenti atau hadapi risiko akibat daripada aktiviti “hasutan dan khianat” mereka.

Daniel berkata beliau tidak mahu masuk ke dalam retorik dan polemik sama ada kedua-dua negara Borneo membantu untuk membentuk Malaysia pada 16 September 1963 atau menyertai Persekutuan.

“Jika kita melihat definisi Persekutuan dalam Perkara 160 dalam Perlembagaan Persekutuan, tiada Persekutuan baru yang ditubuhkan pada 16 Sept 1963,” kata Daniel.

Menurut Ketua BoPIM, ini menimbulkan persoalan “apakah asas bagi Sabah dan Sarawak untuk berada dalam Persekutuan dengan Semenanjung?”

NGO hak asasi manusia mengambil pendirian bahawa Sabah dan Sarawak telah diheret ke dalam Persekutuan Malaya pada tahun 1963 oleh Kerajaan Malaya dan Kerajaan British untuk memudahkan penggabungan Singapura, yang bermajoriti Cina, dengan Semenanjung yang berbilang kaum.

“Singapura dikeluarkan dalam tempoh dua tahun dari Persekutuan yang dinamakan Persekutuan Malaysia pada 16 September, 1963,” jelas Daniel dari sejarah. “Walau bagaimanapun, Sabah dan Sarawak telah dikunci di dalam.”

Daniel berfikir bahawa daripada menggunakan perkataan “S” dan membuat ancaman, Timbalan Perdana Menteri perlu memahami mengapa aktivis telah memulakan kempen tandatangan untuk mendapatkan Bangsa-Bangsa Bersatu supaya mengkaji semula Petisyen 1962 di mana rakyat menentang idea Sabah, Sarawak, dan Brunei mempunyai apa-apa kaitan dengan idea bersekutu dengan Malaya /Singapura.

“Dekolonisasi adalah isu yang belum selesai di Borneo,” kata Daniel. “Oleh itu, kita harus berfikir dekolonisasi dan tidak memberi tumpuan kepada perkataan” S “. TPM berdiri atas alasan nipis dengan mendakwa bahawa Sabah adalah milik Malaysia. “

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...