Sabah dan Sarawak adalah BERSTATUS NEGARA dan bukannya Negeri.

Sabah dan Sarawak adalah sebuah Negara yang MERDEKA DAN BERDAULAT yang mana kedua - dua NEGARA ini telah bersama-sama dengan Singapura dan Malaya untuk membentuk Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.

Happy Sabah (North Borneo) Independence Day 51 Years

Sabah or previously known as North Borneo was gained Independence Day from British on August 31, 1963. To all Sabahan, do celebrate Sabah Merdeka Day with all of your heart!

Sarawak For Sarawakian!

Sarawak stand for Sarawak! Sarawakian First. Second malaysian!

The Unity of Sabah and Sarawak

Sabah dan Sarawak adalah Negara yang Merdeka dan Berdaulat. Negara Sabah telah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1963 manakala Negara Sarawak pada 22 Julai 1963. Sabah dan Sarawak BUKAN negeri dalam Malaysia! Dan Malaysia bukan Malaya tapi adalah Persekutuan oleh tiga buah negara setelah Singapura dikeluarkan daripada persekutuan Malaysia.

Sign Petition to collect 300,000 signatures

To all Sabahan and Sarawakian... We urge you to sign the petition so that we can bring this petition to United Nations to claim our rights back as an Independence and Sovereign Country for we are the Nations that live with DIGNITY!

Decedent of Rajah Charles Brooke

Jason Desmond Anthony Brooke. The Grandson of Rajah Muda Anthony Brooke, and Great Great Grandson of Rajah Charles Brooke

A true Independence is a MUST in Borneo For Sabah and Sarawak.

Sabah (formerly known as North Borneo) and Sarawak MUST gain back its Freedom through a REAL Independence.

Saturday 20 September 2014

'Republik Sabah hanya impian romantis'

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan menyifatkan tidak mudah Sabah dan Sarawak berpisah dari Malaysia selepas melalui pelbagai kemajuan dan pembangunan di bawah kerajaan sedia ada.

Beliau berkata Sabah kini berkembang menjadi negeri maju hingga rakyatnya dapat menikmati pelbagai kemajuan dan pembangunan yang dibawa kerajaan pusat sekali gus membuktikan keputusan bijak perjuangan pemimpin terdahulu yang membawa Sabah dalam pembentukan Malaysia pada 1963.

"Republik Sabah atau Republik Rakyat Sabah, adalah satu impian romantis dan sedap didengar tetapi pada pandangan saya ia bukan sekadar bercakap secara emosi dan fakta semata-mata.

"Bukan mudah untuk Sabah keluar (dari Malaysia) kerana mereka hanya tahu bercakap keluar, selepas itu siapa jaga kita (Sabah), siapa tentera, bagaimana ekonomi, hubungan antarabangsa, inflasi dan kedudukan kita (Sabah) di mata dunia," katanya pada Program Bicara Tokoh di Universiti Malaysia Sabah (UMS) di Kota Kinabalu, malam tadi.

Turut hadir Naib Canselor UMS Datuk Dr Mohd Harun Abdullah.

Merujuk insiden pencerobohan di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Abdul Rahman yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno berkata peristiwa itu membuktikan kejayaan kerajaan persekutuan menyelesaikan masalah itu termasuk mengerahkan Anggota Tentera Malaysia (ATM) menangani ancaman tersebut.

"Hujah saya Tanduo bukan kegagalan, tetapi Tanduo adalah contoh terbaik federalisme di negara ini," katanya.

Beliau berkata menerusi tindakan segera kerajaan menangani ancaman itu termasuk meletakkan aset keselamatan dan beberapa kapal ditempatkan di perairan Sabah bagi memastikan kejadian seumpama itu tidak lagi berulang.

Sehubungan itu, anggota Parlimen Kota Belud itu mengingatkan rakyat Sabah, terutama golongan muda supaya berwaspada dengan pihak yang memainkan isu cubaan membawa Sabah keluar dari Malaysia.

"Isu Sabah dan Sarawak keluar Malaysia ini langkah drastik dan tidak bertanggungjawab kerana orang yang bercakap itu (dalang) berada di UK (Dorris Jones), yang sebaiknya datang sini dan beritahu kita, tetapi dia pakai alat kawalan jauh dan ia adalah tidak adil," katanya.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan mahasiswa khususnya UMS berfikiran terbuka dan berkeyakinan serta tidak merendah diri, sebaliknya bergerak pantas mengikut peredaran semasa bagi membawa pembangunan Sabah yang seimbang dengan negeri lain di Semenanjung.

Bezanya Perjuangan Kemerdekaan di Negara Scotland dan Negara Sabah & Negara Sarawak

Kejayaan Scotland menjalankan referendum 'YES' Scotland walaupun hampir berjaya tetapi tewas tipis kepada kempen 'NO' telah membuka mata banyak pihak bahawa usaha 'self-determination' tidak mustahil dengan menggunakan undang-undang tanpa sebarang pertumpahan darah berlaku..

Di Sabah dan Sarawak, semakin ramai pejuang asli bersuara menuntut perkara yang sama dan jelasnya ingin menerusi undang-undang sedia ada.

Malangnya bila ingin ikuti lunas undang-undang pihak regim persekutuan pula melabelkan pejuang-undang nasionalis ini sebagai puak pemisah dan cuba memberi gambaran-gambaran buruk kepada rakyat persekutuan Malaysia keseluruhannya bahawa pejuang-pejuang nasionalis yang bersuara menuntut hak dan menyebarkan kebenaran ini sebagai perosak perpaduan.

Kini, usaha sebegini pastinya semakin mendapat sokongan terutamanya daripada golongan belia yang rata-ratanya dapat menyelami keadaan sebenar penderitaan rakyat Sabah dan Sarawak.

Teruskan bersuara, segalanya telah terbukti dengan mengangkat kebenaran ke aras yang tertinggi mudah-mudahan para pendokong pendustaan dari regim Malaya termasuk penjual maruah yang bertebaran di tanah tumpah kita di Borneo akan dapat dihancurkan dan mendapat balasan setimpalnya samada di dunia mahupun di akhirat kelak.

Teruskan bersuara, sebarkan dan didikkan lah rakyat tentang kebenaran sebenar.

Sabah for Sabahan.

Kenapa Brunei Tidak Menyertai Malaysia dulu....

Apabila Sultan Omar Ali Saifudin III dari Brunei mengisytiharkan bahawa Brunei tidak akan bersama-sama membentuk Malaysia, Tunku Abdul Rahman telah cuba untuk memberikan tekanan ke atas Brunei dengan memanggil balik beratus-ratus guru dan pegawai dari Tanah Melayu yang di pinjamkan kepada negara tersebut. Hal ini menyebabkan Brunei ketika itu menghadapi masalah pentadbiran.
Namun Sultan masih tetap dengan pendirian nya. 

Antara perkara yang tidak dipersetujui oleh Sultan semasa rundingan dengan Persekutuan Tanah Melayu adalah kedudukan Kesultanan Brunei yang di letakkan di bawah sekali di dalam Majlis Raja-raja Melayu. Satu lagi perkara besar yang tidak dipersetujui oleh Sultan adalah berkenaan dengan cukai Pusat ke atas hasil minyak sebanyak 10% untuk selama 10 tahun dan selepas itu Pusat mahu mengambil alih kawalan minyak Brunei.

Hujah-hujah bahawa dengan pembentukan Malaysia maka dapat membendung ancaman komunis dan untuk mendapatkan kemerdekaan awal dari British akhirnya telah di tolak oleh Sultan atas sebab-sebab tidak bersetuju dgn syarat-syarat di atas.

Hari ini Brunei adalah sebuah negara yang berdaulat, ahli kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan juga ahli kepada ASEAN. Ini bermakna ia nya sebuah negara yang diiktiraf bukan sahaja oleh negara-negara yang berjiran dgn nya, malah diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Hari ini juga rakyat Brunei menikmati pendapatan per kapita antara yang tertinggi, harga Petrol yang terendah, pendidikan percuma hingga peringkat tinggi dan sebagai nya.

Pada akhir tahun lepas, Kerajaan Brunei melalui Menteri Tenaga nya telah melahirkan rasa kekecewaan secara terbuka kerana masih ramai rakyat tempatan tidak di ambil bekerja di syarikat-syarikat pembekal dan kontraktor industri minyak. Menteri tersebut berkata, walaupun Brunei mengalu-alukan pelaburan asing, namun jika tidak serius untuk memberikan peluang pada rakyat tempatan, syarikat-syarikat ini tidak dikehendaki untuk berada di Brunei.

Ini adalah satu amaran keras dan terbuka. Saya percaya syarikat-syarikat yang ada di dalam industri Minyak dan Gas ini akan mula memberikan perhatian yang serius.

Dalam satu ucapan, bagi memperingati Sultan Omar Ali Saifuddin III, bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew berkata apabila Singapura keluar dari Malaysia, Sultan Omar Ali telah berkata pada nya "Kamu sudah seperti Brunei. Itu adalah lebih baik untuk kamu".

Sejarah adalah satu perkara yang telah pun berlalu dan tidak akan sesekali dapat di ubah, Namun satu soalan retorik yang menarik, apakah yang mungkin berlaku andainya Brunei bersetuju untuk bersama-sama membentuk Malaysia?

Andaian
1. Brunei bukan saja akan di kenakan cukai utk hasil minyak, malah 95% hasil minyak akan pergi ke Pusat. Tinggal 5% untuk Brunei.

2. Pendapatan rakyat Brunei mungkin akan sama dengan Sarawak iaitu RM30,000 berbanding dengan sekarang RM62,000 (USD 20,000)

3. Rakyat Brunei akan membeli minyak dengan harga yang lebih mahal dari sekarang iaitu RM1.90 seliter utk RON95 berbanding sekarang RM0.90 (B$0.36)

4. Rakyat Brunei yang hendak melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi akan terpaksa meminjam dari PTPTN dan dikenakan Riba.

5. Sindrom ramai orang luar Brunei yang memegang jawatan tinggi dgn gaji mahal di sektor Minyak dan Gas akan berlaku tanpa ada apa-apa bunyi bantahan dari pemimpin tempatan Brunei. Rakyat Brunei akan di beri jawatan peringkat rendah dgn gaji yang rendah juga.

6. Harga kereta import akan mahal dan rakyat Brunei akan ramai yang terpaksa beli Proton dan Perodua.

7. Jalan antara bandar di Brunei akan menjadi jalan satu lorong untuk sehala yang berombak2 dan berlubang. Dan kebanyakan di tampal pelbagai kali hingga rupanya macam kek lapis Sarawak.

Semoga Allah merahmati roh Sultan Omar Ali Saifuddin III dan menempatkan beliau di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Source: 1 Suara Sabah

Zahid beri amaran tegas terhadap percubaan bawa Sabah, Sarawak keluar Malaysia

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar)  hari ini memberi amaran akan mengenakan tindakan tegas terhadap beberapa individu termasuk mereka yang menetapkan di luar negara serta ahli politik yang cuba menghasut untuk membawa keluar Sabah dan Sarawak daripada Malaysia.

Beliau berkata polis sedang melakukan siasatan terhadap mereka yang  dikenal pasti dan kertas siasatan akan dikemukakan kepada Peguam Negara untuk melakukan pendakwaan.

Beliau berkata ada dalam kalangan individu terbabit bersekongkol dengan kesultanan yang tidak wujud lagi dengan dijanjikan jawatan tertentu jika meletakkan Sabah dan Sarawak di bawah kesultanan itu.

"Saya minta mereka hentikan perbuatan itu sebelum mereka menanggung akibatnya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Lumut di Lumut, hari ini.
Zahid, yang juga naib presiden Umno, berkata individu dalam kumpulan kecil ini mengambil peluang memperbesar-besarkan isu itu dan menghasut rakyat kedua-dua negeri itu.

Beliau berkata Sabah dan Sarawak adalah sebahagian daripada Malaysia dan sama sekali tidak timbul soal kolonialisme baharu.

"Mereka (kedua-dua negeri) tahu dari segi peruntukan, pendapatan yang diperolehi mereka adalah kecil berbanding dengan peruntukan yang datang daripada peringkat persekutuan," katanya.

Jelasnya, pungutan suara atau 'referendum' oleh Suruhanjaya Cobbold sebelum pembentukan Malaysia disahkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan ia masih berkuat kuasa hingga sekarang. – Bernama, 20 September, 2014.

Matikan Perjuangan SSKM dengan "CARA" ini

Sememangnya, kerajaan malaya yang telah menyamar menjadi kerajaan malaysia berusaha untuk mencalarkan imej SSKM serta Nasionalis-Nasionalis Negara Sabah dan Negara Sarawak dengan pelbagai tuduhan jahat dan kotor.

Lebih menyedihkan lagi pemimpin tempatan sendiri bersekongkol dengan pemimpin-pemimpin malaya untuk menghapuskan perjuangan SSKM.

Disini, pihak SSKM ingin memberi jalan penyelesaian untuk mematikan perjuangan SSKM. Caranya:

1. HORMATI PERJANJIAN MALAYSIA DAN BUAT SEMAKAN SEMULA UNTUK MEMPERBAIKI KELEMAHAN YANG WUJUD. 

2. KONSEP PERSEKUTUAN MALAYSIA MESTI DIKEMBALIKAN KEPADA BENTUKNYA YANG ASAL IAITU PERSEKUTUAN INI MESTI DITERAJUI OLEH TIGA (3) KERAJAAN UTAMA; NEGARA SABAH, NEGARA SARAWAK DAN NEGARA PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (MALAYA). KONSEPNYA SAMA SEPERTI UNITED KINGDOM (UK).

3. SEMUA PARTI-PARTI MALAYA TIDAK BOLEH BERTANDING DI NEGARA SABAH DAN NEGARA SARAWAK KERANA HANYA PARTI-PARTI TEMPATAN SAHAJA YANG LAYAK UNTUK BERTANDING.

4. MALAYA TIDAK BOLEH SESEKALI MENCAMPURI URUSAN PENTADBIRAN POLITIK, EKONOMI DAN SOSIAL NEGARA SABAH DAN NEGARA SARAWAK.

5. NEGARA SABAH DAN NEGARA SARAWAK MESTI MEMPUNYAI HAK UNTUK MEMPUNYAI HUBUNGAN PERDAGANGAN DENGAN NEGARA LUAR. DENGAN ITU, DASAR KABOTAJ MESTI DIHAPUSKAN TANPA SYARAT.

6. NEGARA SABAH DAN NEGARA SARAWAK MESTI MEMPUNYAI HAK MUTLAK UNTUK MENGENDALI PENDAFTARAN KEWARGANEGARAAN MASING-MASING. INI BERMAKSUD, KAD PENGENALAN BANGSA NEGARA SABAH DAN NEGARA SARAWAK MESTI DIWUJUDKAN SEMULA DENGAN LABEL HURUF "H" UNTUK BANGSA NEGARA SABAH DAN LABEL HURUF "K" UNTUK BANGSA NEGARA SARAWAK. INI JUGA BERMAKSUD, BANGSA NEGARA SABAH DAN BANGSA NEGARA SARAWAK SECARA AUTOMATIKNYA ADALAH RAKYAT MALAYSIA TETAPI TIDAK SEMUA RAKYAT MALAYSIA BOLEH MENJADI RAKYAT NEGARA SABAH DAN RAKYAT NEGARA SARAWAK.

7. KEAHLIAN ANGGOTA KOMANWEL NEGARA SABAH DAN NEGARA SARAWAK MESTI DIAKTIFKAN SEMULA SELARI DENGAN STATUS SEBAGAI BEKAS TANAH JAJAHAN BRITISH.

8. NEGARA SABAH DAN NEGARA SARAWAK MASING-MASING MEMILIKI PERDANA MENTERI, DEWAN PARLIMEN SERTA DEWAN UNDANGAN NEGERI UNTUK TUJUAN PENGURUSAN PENTADBIRAN NEGARA MASING-MASING.

9. KONSEP BERNEONISASI MESTI DILAKSANAKAN SEPENUHNYA DI DALAM PENTADBIRAN KERAJAAN TEMPATAN NEGARA SABAH DAN NEGARA SARAWAK. BANGSA NEGARA MALAYA YANG DATANG BEKERJA DIBORNEO MESTI DIHADKAN TEMPOH UNTUK DUA (2) TAHUN SAHAJA. NAMUN, UNTUK TERUS BEKERJA DI BORNEO, MEREKA PERLU MEMPERBAHARUI PAS BEKERJA MEREKA SETIAP 2 TAHUN.

10. NEGARA SABAH DAN NEGARA SARAWAK MESTI MEMPUNYAI POLIS DAN KETENTERAAN TEMPATAN UNTUK MENJAGA KESELAMATAN, KUASA KEMERDEKAAN DAN KUASA KEDAULATAN SENDIRI.

11. NEGARA SABAH DAN NEGARA SARAWAK MESTI MEMPUNYAI KUASA SEPENUHNYA UNTUK MENGAWAL DAN MENGGUBAL SISTEM PENDIDIKAN SENDIRI TANPA PERLU MENGIKUTI SISTEM PENDIDIKAN MALAYA.

12. TIADA AGAMA RASMI DINEGARA SABAH DAN NEGARA SARAWAK. HAL KEPERCAYAAN DAN KEAGAMAAN ADALAH BEBAS DAN KERAJAAN PERSEKUTUAN TIDAK BOLEH SESEKALI MENCAMPURI URUSAN INI.

13. CUKAI PENDAPATAN DAN KEWANGAN NEGARA SABAH DAN NEGARA SARAWAK MESTI DIKAWAL SENDIRI DAN NILAI MATAWANG NEGARA SABAH DAN NEGARA SARAWAK DIWUJUDKAN SELARI DENGAN STATUS SEBAGAI SEBUAH NEGARA.

Untuk setakat ini, pihak SSKM telah memberikan garis panduan untuk Kerajaan persekutuan malaysia mematikan perjuangan ini dengan melaksanakan perkara-perkara ini. Dan jikalau sudah terlaksana, pihak SSKM akan mengkaji semula perjuangan ini. Namun jikalau mana-mana satu perkara yang diatas ini tidak dilaksanakan, pihak SSKM akan teruskan perjuangan ini tanpa menoleh ke belakang lagi.

SSKM BUKAN PENGKHIANAT TETAPI KAMI ADALAH NASIONALIS-NASIONALIS KEBANGSAAN NEGARA SABAH DAN NEGARA SARAWAK.

PERGO ET PERAGO
DUM SPIRO SPERO

Sebarkan...

Sarawak BN leader wants those who distort history charged with sedition

Sawawak minister Datuk Seri Dr James Masing (pic) has suggested that Putrajaya slap sedition charges on those who made Sarawakians and Sabahans angry by distorting history and stating wrong historical facts on the formation of Malaysia.  

“Not on the aggrieved who retaliated for being wrongly done,” the Sarawak Land Development Minister added, referring to people in both states who are unhappy with state-federal relations after 51 years and have swayed between pushing Putrajaya to live up to the terms of the Malaysia Agreement and calling for secession and independence.

Prime Minister Datuk Seri Najib Razak had, on Malaysia Day in Miri, warned those pushing for secession of Sarawak and Sabah from Malaysia “to be prepared to face the full force of the law”. 

Masing was particularly irked by a report in the pro-Umno daily, The New Straits Times, yesterday by columnist Mohd Hazmi Mohd Rusli who wrote that “Sabah is also blessed to have joined Malaysia”.
“Hazmi got his history on Malaysia all wrong when he wrote Sabah is blessed to have joined Malaysia,” said Masing, who is president of Parti Rakyat Sarawak, a major Barisan Nasional component party in the state .

“It is this type of error which has caused uneasiness amongst Sarawakians and Sabahans.

“Historian purists would say it is a mistake in historical facts, while politicians interpret it as a reflection of Orang Malaya mindset.

“Many a time orang Malaya claimed that Sarawak and Sabah joined Malaysia. 

“This is wrong, Sarawak and Sabah did not join Malaysia. These two states, along with Malaya and Singapore formed Malaysia on September 16, 1963,” he said.

Masing said such mistakes, or arrogance, caused displeasure among Sarawakians and Sabahans. 

“So, they have cause to be angry. By assuming that Sarawak and Sabah joined Malaya, Malayans then assume a superior role, while the two Borneo states take an inferior role.

“Sarawak and Sabah are not colonies, nor is Malaya a colonial master.

“The faster we correct this mindset, the faster will 1Malaysia concept be realised and the faster will Prime Minister Najib's great dream of one united Malaysia be achieved,” said Masing.

Meanwhile, across the border, Sabah STAR chief Datuk Jeffrey Kitingan said Najib had tripped himself up in his Malaysia Day address when he compared Sabah and Sarawak's “joining” Malaysia with the American states of Wisconsin and Hawaii joining the original 13 states of the United States of America.

“Sabah and Sarawak are cheated if what Najib said was true,” Kitingan said.

“They never negotiated to join as the 12th and 13th states of Malaya or Malaysia.

“From the outset, Malaysia was to be a new nation, a partnership as stated by Lord Cobbold, chairman of the Cobbold Commission who said that Malaysia should be regarded by all concerned, as an association of partners, combining in the common to create a new nation but retaining their own individualities.”

Kitingan also said the rumblings of discontentment and unhappiness among the people in Sabah and Sarawak are moving towards a tipping point with a slight majority wanting Sabah and Sarawak to opt out of Malaysia.

He said Najib has to convene his advisers and historians and review the history of the formation of Malaysia and rectify the mistakes of past leaders including his late father.

“He has to stop hoodwinking the people and distorting the facts of history and take the necessary steps to restore Sabah and Sarawak as equal partners in the Federation of Malaysia as promised by the first Prime Minister of Malaysia, Tunku Abdul Rahman.”

Kitingan also reminded that Tunku had stated that “the Malaysia Ideal as I see it, is that it will enable the Borneo territories to transform their present colonial status to self-government for themselves and absolute independence in Malaysia simultaneously”.

He said Putrajaya should live up to Tunku's ideal by granting Sabah self-government that would enable the state to stand on its own feet as equal with Malaya and Sarawak. – September 20, 2014.

Rectify past mistakes, Jeffrey tells PM

Self-government is the basis for an equal partnership and the only way of saving Malaysia from a break-up.

KOTA KINABALU: Prime Minister Najib Abdul Razak should not resort to rhetoric but instead work on rectifying the mistakes of the past in the formation of Malaysia, Bingkor assemblyman Jeffrey Kitingan said.

Kitingan said granting self-government would enable Sabah and Sarawak to stand on their own feet as equals of Malaya.

He said self-government was inherent in an equal partnership concept and the only way of saving Malaysia from teetering towards a break-up.

He added that the constitutions of Sabah and Malaysia were not on accord on what “Federation” means.

He was commenting on the growing controversy in social media that Article 160 of the Federal Constitution interprets “Federation” as that set up by the Federation of Malaya Agreement 1948 and cemented by the Federation of Malaya Independence Act 1957.

Najib had in his Malaysia Day speech in Miri compared the Federation with the United States and stressed that states joining the American Union after the original 13 colonies did were in the same situation as Sabah and Sarawak when they joined Malaysia.

“If the basis for Sabah and Sarawak to be in the Federation was as that stated by the Prime Minister, it could not be something that our founding fathers would have possibly bargained for.

“There would have been no Malaysia if the Malayan leaders had stated in 1963 what they are claiming today,” said Kitingan.

The longtime Borneo rights activist reinforced his argument with a reference to Lord Cobbold who chaired the Cobbold Commission on Malaysia.

He pointed out that Lord Cobbold referred in his Report to Malaysia as “a new nation, a partnership”.

Lord Cobbold had said: “It is a necessary condition that from the outset, Malaysia should be regarded by all concerned, as an association of partners, combining in the common to create a new nation but retaining their own individualities.”

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...