Friday 30 January 2015

TOLAK PARTI-PARTI MALAYA! TOLAK AGENDA MALAYA DI BORNEO!

Sudah tiba masanya kita semua meninggalkan parti-parti malaya yang selama ini telah mendalangi segala masalah di Negara Sabah dan Negara Sarawak... Ingatlah... Parti-parti malaya ini umpama dua biji nangka... Buah nangka yang buruk adalah bn-umno manakala buah nangka yang segar dan masih muda adalah pr. Tetapi, dua buah nangka ini adalah daripada sepohon pokok yang sama, bertunjangkan satu akar yang memberikan rasa yang sama. 

Parti-parti malaya membawa agenda malaya untuk terus mencengkam kuasa politik Negara Sabah dan Negara Sarawak. Niat mereka tidak pernah untuk membantu tetapi memperbodohkan bangsa Borneo. Jikalau mereka ikhlas dalam memberi bantuan, mengapa tidak membiarkan parti-parti politik tempatan untuk menguasai semua kerusi DUN dan Parlimen? Mereka mempunyai beratus kerusi DUN dan Parlimen di malaya tetapi masih mahu menguasai kerusi DUN dan Parlimen di Borneo?

Kononnya hanya pr sahaja yang boleh menumbangkan bn-umno??? Itu adalah satu pemikiran yang bodoh! Kenapa? Sebab itu jelas menunjukkan mentaliti anda sudah terjajah dengan penuh keyakinan bahawa hanya parti luar sahaja yang mampu membawa perubahan. Negara Sarawak sudah membuktikan bahawa dakwaan tersebut adalah benar-benar salah dan bodoh. Sehingga kini, kerajaan persekutuan takut kepada kerajaan Sarawak kerana kerusi DUN dan Parlimen dikuasai majoriti oleh parti-parti tempatan walaupun dalam bn tetapi semangat adalah "Sarawak For Sarawakian". Manakala di Negara Sabah, ia tidak berlaku sedemikian.

Tujuan untuk menguasai semua kerusi DUN dan Parlimen di Negara Sabah dan Negara Sarawak  oleh parti-parti politik Tempatan Borneo tidak pernah teringin untuk menguasai putrajaya. Putrajaya tidak mempunyai signifikan ataupun kepentingan kepada Kerajaan Negara Sabah dan Kerajaan Negara Sarawak. Ini kerana segala keputusan putrajaya tidak akan mampu terlaksana jikalau Kerajaan Negara Sabah dan Kerajaan Negara Sarawak MENOLAK kerana KATA PUTUS adalah ditangan Kerajaan Negara Sabah dan Negara Kerajaan Sarawak. Tetapi, dengan membenarkan parti -parti malaya menguasai Kerajaan Negara Sabah dan Kerajaan Negara Sarawak di peringkat Dewan Undangan Negeri (Negara) iaitu DUN, segala resolusi, arahan mahupun akta yang diluluskan di peringkat parlimen oleh majoriti pemimpin-pemimpin malaya yang berlandaskan kepada kepentingan malaya akan turut diluluskan oleh Kerajaan Negara Sabah dan Kerajaan Negara Sarawak. Ini kerana mereka telah memegang kuasa politik Kerajaan Tempatan walaupun ia ditadbir oleh pemimpin-pemimpin tempatan namun mereka hanya sekadar boneka yang tidak mampu menghalang segala keputusan daripada seberang.

Tetapi dengan memiliki parti-parti tempatan yang menguasai Kerajaan Negara Sabah dan Kerajaan Negara Sarawak, segala keputusan, arahan mahupun akta BOLEH DITOLAK UNTUK TIDAK DIPATUHI jikalau ia menjejaskan kepentingan Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak.

Anda nampak, anda lihat dan anda sendiri mampu menilainya... Kerajaan Tempatan Negara Sabah dahulu bukan tidak boleh memerintah dengan baik tetapi sepanjang pemerintahan mereka, halangan dan tekanan datang tanpa henti. Ditambah lagi dengan ketamakan serta pengkhianatan dikalangan pemimpin tempatan yang kononnya berjuang demi rakyat itu telah meruntuhkan kekuasan kerajaan yang diterajui oleh parti tempatan.

Kini, PRU14 adalah satu peluang kepada Bangsa Negara Sabah dan Negara Sarawak untuk sampaikan mesej yang jelas kepada parti-parti malaya... JANGAN MENCAMPURI URUSAN POLITIK NEGARA SABAH DAN NEGARA SARAWAK! SILA JAGA TEPI KAIN SENDIRI. TEMPAT SENDIRI PUN TIDAK TERURUS, MASIH MAHU BERLAGAK HEBAT DI NEGARA ORANG! 

Kita mesti membuat satu pendirian yang TEGAS! Jikalau tidak, kehidupan dan kesengsaraan kita akan tetap kekal seperti sekarang dan mungkin akan menjadi lebih teruk lagi.

Anak-anak muda, Generasi Muda Negara Sabah dan Negara Sarawak... Fikirkanlah mesej yang disampaikan oleh pihak kami ini... Jangan biarkan diri anda terpengaruh dengan ideologi dan agenda malaya yang berusaha meresapi pemikiran anda untuk tunduk kepada kehebatan mereka secara halus... Tangkis dan tolak serta-merta! Anda adalah bakal-bakal pemimpin yang akan menerajui Negara ini. Jangan biarkan kata putus anda nanti ditentukan oleh orang asing! Kerana, jikalau perkara itu berlaku, seperti yang pihak kami katakan, kita sebenarnya sedang dijajah melalui bentuk penjajahan Zaman Moden!

Sebarkan mesej ini... 

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...